Laman Utama > Profil

Profil

Peta
02 May 2017 11:54 AM
admincp

Falsafah Pendidikan
02 May 2017 09:28 AM
admincp

Falsafah Pendidikan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.


Falsafah Pendidikan MRSM (FPM)

"Pendidikan MARA adalah satu usaha yang berterusan berteraskan ilmu, teknologi dan nilai leusahawanan untuk membangunkan insan holistik dan seimbang"


Visi

Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang innovatif dan bertarif dunia.


Misi

Menyediakan pelajar Bumiputera yang berpotensi tinggi dalam bidang Sains dan Teknologi.


Nilai Teras

                                                                                              S              -            Saintifik
                                                                                              I               -            Independen
                                                                                              K             -            Kreatif
                                                                                              A              -           Amanah
                                                                                              P               -           Patriotik

Sejarah Penubuhan
02 May 2017 09:25 AM
admin

PENGENALAN PENUBUHAN

MAKTAB RENDAH SAINS MARA TUN ABDUL RAZAK PEKAN

 

Perutusan
11 May 2016 01:26 PM
admin

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana limpah dan kurniaNya dapat kita bertemu di dalam Laman Web MRSM Tun Abdul Razak,. Sebagai sebuah institusi pendidikan MARA, pastinya maklumat yang dipaparkan  dalam Laman Web ini diharapkan dapat memenuhi beberapa objektif antaranya, menyampaikan maklumat kepada ibu bapa mengenai visi dan misi institusi dan  seterusnya mendedahkan sistem pendidikan yang merangkumi program akademik dan sahsiah pelajar. Laman Web ini juga diharapkan dapat membantu dari segi perlarasan dalam pelbagai  aspek termasuklah pengurusan dan pencapaian akademik.  

Akhir kata, saya berharap dengan kewujudan Laman Web ini, warga MRSM dapat memanfaatkan bersama demi mengangkat martabat pendidikan negara ke arah lebih berkualiti dan
bagi membolehkan kami memperkasa dan menjayakan program yang dirancang dengan baik dan jayanya.

Sekian

Misi-Visi-Matlamat
26 February 2014 03:51 PM
admin

Misi-visi-matlamat

Visi

Menjadi  MRSM  terbaik,  pilihan  pertama  pelanggan  sebagai  pusat kecemerlangan pendidikan menengah yang terbeza, inovatif dan bertaraf dunia. 


Matlamat
Melahirkan bakal-bakal saintis, ahli profesional dan usahawan tekno yang  berdaya cemerlang, berdaya tahan, berakhlak mulia dan berminda global.

Misi
Misi strategik MRSM Alor Gajah adalah untuk menyediakan prasarana dan sumber yang berkualiti untuk membekal pelajar-pelajar dengan kemahiran insaniah (KI), kemahiran akademik (KA), kemahiran subjek (KS) dan isi kandungan subjek, serta menyuburkan lagi amalan dan nilai-nilai murni.

Objektif Operasi

1. Menyediakan dan menyampaikan khidmat pelanggan secara profesional dan memenuhi ekspektasi pelanggan dan penaja.

2. Melaksanakan kurikulum terbeza berlandaskan prinsip-prinsip pendidikan pintar-cerdas (gifted education) dan pendekatan pembelajaran melalui penemuan dan penyelidikan (learning by discovery) dan pembelajaran pecutan (accelerated learning).

3. Membangunkan persekitaran dan iklim pembelajaran yang kondusif, responsif dan suportif kepada perkembangan intelek, kreativiti, emosi, rohani dan jasmani pelajar.

4. Memperlengkapkan pelajar dan guru dengan kemahiran belajar (academic skills), kemahiran insaniah (soft skills), kemahiran kendiri (self skills) dan nilai-nilai teras MRSM (Saintifik, Independen, Kreatif, Amanah dan Patriotik) secara terancang,  berterusan dan bersepadu.

5. Melaksanakan program-program pembudayaan keusahawanan untuk pelajar secara terancang dan berterusan.

6. Menjadikan MRSM ini sebagai tempat belajar dan bekerja yang selamat, bersih, ceria dan memberangsangkan.

Moto

┬┐Shaping A Knowledgeable and Virtuous Generation┬┐